:: KeKaSiH GeLaP ::

dalam banyak-banyak lagu, lagu KEKASIH GELAPKU nyanyian kumpulan UNGU yang buat aku rasa satu perasaan yang sukar tuk dimengertikan. tak tau lah nak huraikan cemana perasaan tu. tapi, start je "ku mencintaimu…lebih dari apa pun….", hati aku rasa cam sebak je. rasa cam….hmmmm…ntah la…

nak kata lagu tu ade kena mengena dengan hidup aku, rasa cam takde je. tapi, satu masa dulu (dulu-dulu la…) aku penah assign tone video clip lagu ni tuk seseorang yang pernah aku sayang. (sayang ke???) erm…sayang la kot. tapi, takde la cinta sangat. sebab aku jugak yang tinggalkan dia. tapi, siyes la… lagu ni memang betul-betul berhantu. atau lebih tepat lagi menghantui hidup aku. cam tak boleh dengar je lagu ni..tapi aku suka lagu ni. suka sangat. aku suka kumpulan ungu. lagu-lagu diorg mempunyai lirik yang sangat puitis. sesuai ngan jiwa aku yang sememangnya jiwang ni.

ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
yang ku cari selama ini dalam hidupku
dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
yang panjang dalam hidupku

ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku..
kekasih gelapku…

Comments (1) »

:: p.e.n.a.n.t.i.a.n ::

betul la orang cakap. penantian itu satu penyeksaan. lebih-lebih kalau sesuatu yang dinantikan tu melibatkan perasaan atau masa depan. macam aku, aku akui..aku agak sukar bila berdepan dengan situasi macam ni. mula la rasa serba tak kena. buat itu tak kena, buat ini tak kena. cam ade sesuatu yang belum disempurnakan. jarum jam pulak dirasakan terlalu lambat bergerak. mrasa cam nak amek jam tu, pastu pusingkan punat kat belakang tu. tapi, for what. jarum jam tu cepat pun, masanya tetap sama.

aku pulak bukan jenis orang yang penyabar. aku jenis tak boleh tunggu. kalau boleh aku nak selesaikan satu2 perkara tu dengan segera. walaupun aku tau bukan sume perkara boleh disetelkan dengan segera. mende2 masa depan ni kena fikir secara mendalam. kena amek masa tuk berfikir. tah la… aku ni memang tak sabar. mungkin sebab tu jugak la aku banyak wat silap. aku selalu terburu-buru buat keputusan. akhirnya, aku menyesal. sebab tu la sekarang ni aku cuba belajar tuk sabar. sesungguhnya  sabar itu separuh dari iman.

aku tak nak jadi macam dalam gambar tu. penantian yang tiada kesudahan.

(lamanya nak tunggu hari jumaat)

No comment »

:: TrUe LoVe ::

"true love is when u shed a tear and still want him. It’s when he ignores you and u still love him. It’s when he loves another but u still smile and say i’m happy for you. when all u really do is cry…and cry"

erm…situasi ni penah berlaku kat aku sutau ketika dulu. yes, it hurts when u love someone yang tak pernah iklas cintakan u or take u just for granted. but, masa tu aku tak pernah peduli tentang perasaan aku. aku tak pernah kisah apa yang dia buat kat aku. macam mana dia gunakan aku untuk kepentingan dia. cari aku hanya bila dia perlukan aku je. pernah jugak sampai satu tahap, dia ada skandal dengan orang lain pun aku masih terima. aku tak pernah persoalkan, tak pernah mengungkit dan yang sebenarnya aku tak mampu nak membenci dia.

petikan lagu alleycats –> "ingin aku membenci dirimu, tapi kebencian tiada padaku.. walau apa yang kau sangkakan, aku tetap cinta padamu"…. aku pernah bagi lagu ni kat dia. tapi, masa tu aku tau semua tu tak bermakna pada dia.

aku pun tak tau kenapa aku mesti jatuh cinta dengan orang macam dia. sebab dia jugak la, aku dibenci orang ramai. aku bergaduh dengan orang yang betul-betul care pasal aku. bodoh kan?? (memang masa tu pun aku sedang memperbodohkan diri aku). ramai kawan-kawan nasihatkan aku soh tinggalkan dia. tapi, memang la takde kekuatan masa tu. sampaikan satu hari tu, aku dapat tau dia dah kawen pun, (sebulan lepas dia kawen baru aku tau) aku tak mampu nak tggalkan dia. still teruskan hubungan macam biasa. tapi, lama-kelamaan, sikit demi sikit aku mampu nyahkan dia dari hidup aku. memang perit tapi aku puas hati sebab berjaya tinggalkan dia. walaupun kadang aku rasa bodoh sebab membazirkan masa, tenaga, duit aku kat dia. tapi, mende dah berlalu kan. only if i can turn back time.. tapi mana boleh…  so, biarlah yang berlaku tu terus berlalu.


walaupun aku dah berjaya nyahkan dari hidup aku, kadang2 tu teringat jugak. sebab pada aku dia lah first love and true love aku. sampai sekarang aku tak mampu nak sayang orang lain camne aku penah sayang kat dia. huh, adilkah??

……entry ni tercipta sebab ari tu aku mimpi dia!

No comment »

:: tersiksa lagi batinku ::

aku cuba. aku cuba untuk menjadi seorang sahabat or lebih tepat seorang kawan yang baik. yang tidak berkira. tidak mudah kecik hati. tak marah-marah. tapi, hakikatnya.. aku rimas,  aku rimas dengan ko. sesungguhnya banyak perlakuanmu itu yang membuatkan aku rimas. meluat dan rasa nak marah. aku yang bermasalah atau kau sebenarnya yang begitu merimaskan. kadang-kadang aku terpikir, kenapalah aku ditemukan dengan orang yang macam kau??

aku cuba untuk menjadi seorang yang COOL. cuba untuk membuang semua anasir-anasir jahat aku kat ko. cuba untuk beramas mesra dengan ko. tapi, kenapa ko begitu merimaskan aku?? kenapa…kenapa.. dan kenapa???

aku malas nak pikir pasal ko. pergilah kau mampus dengan duniamu itu…
AKU STRESS!!

Comments (1) »

:: minit mesyuarat ::

hari ni hari yang paling menyenangkan dalam hidup aku. kenapa?
sebab aku dah berjaya menyiapkan minit mesyuarat yang macam haram jadah tu. dari hari khamis lepas aku stress pikir cemana la nak siapkan minit mesyuarat tu. pandangan mata aku penuh dengan perkataan minit mesyuarat je.

erm, ikotkan memang la aku boleh buat. takde masalah pun aku nak belajo mende2 camtu. tapi paham tak aku paling tak suka nak mengabiskan keje orang ni. lagipun bukan stended aku la nak wat minit-minit mesyuarat ni. bukan ke tu kerja pegawai je. aku ni dah le pencacai. mesyuarat tu pun bukan mesyuarat cikai-cikai atau mesyuarat cawangan aku. ni mesyuarat tuk satu Jabatan punye. patutnya sebagai setiausaha, ko le kena buat.

dah kalau ko takmo wat minit mesyuarat tu, apekejadahnya ko dilantik jadi setiausaha. kalau takat nak panggil aku tolong tu takpelah. aku tau tolong menolong itu amalan mulia. tapi, kalau nak soh aku wat sume cam aku lak setiausaha mesyuarat, itu sudah lebeyyy!! pulak tu suka2 ati ko takmo mask mesyuarat kan. sume lepas kat aku. tau la ko manyak kije. tapi, stended la dah gaji ko pun lebih dari aku. kenalah wat kije lebih kan??? lagipun jawatan aku disini hanyalah sebagai PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN GRED N17. and salah satu tugas aku adalah —-> mengambil catatan trengkas dan MENAIP segala surat, minit mesyuarat, dokumen, kertas kerja, laporan dan penyata untuk TIMBALAN PENGARAH. diulangi MENAIP ok… bukan menyediakan minit mesyuarat. ada paham???!! pulak tu order makan pun aku jugak ke????? aku pun manyak keje la weyyyy… ingat satu hari sekeping je ke surat masuk kat sini???  tau tak mende2 ni sume boleh membuatkan aku tua sebelum usia… tak sukeeeeee!!!

tapi, aku pun malas la nak argue2 pasal mende ni. dah nama pun pencacai, maka kalau orang soh buat tu, buat je la yek.. idok gitu?? mende pun dah siap. tapi, kesengsaraan aku tidak berakhir disini. sebab mesyuarat akan datang akan diadakan pada hari khamis ini. akan bermulah espsode kesengsaraan aku menyaipakan minit mesyuarat. huwaaaa……

p/s : buat minit mesyuarat pun sengsara ke?? mengada nye aku……

No comment »

:: S.T.I.M ::

tadi kat konti skype, budak-budak ni (fara.kak linda.anie.ita.) wat lawak lucah.
bagi makna kepada perkataan S.T.I.M.. mmg hampeh jer… hihihi

s - sedap

t - terbeliak mata

i - ilang mata hitam

m - marvelous

No comment »

:: FeBruArY 2008 ::

nothing interesting in this month melainkan dapat hadiah telur 10 biji dah tepung beras masa malam hari jadi aku. ni sume ezzy n the partner nye idea. hampeh betul. niat nak kenakan aku 6 tahun lepas tak kesampaian akhirnya menjadi jugak tahun ni. tapi, ezzy n atoi je yang berani nak kenakan aku. fara, mira n pae sume penakot…. hehehe.. ape daa korang….

tahun ni aku dah 24 tahun.. huhu.tetiba tak dapat menerima hakikat yang aku dah 24 tahun. tidakkkkkkk!! rasa cam dah tua je. sib baik dah ade pakwe. kalau tak, nak kena bersaing ngan budak2 belasan tahun yang comel2 tu tuk dapatkan pakwe. hehehe. tapi, takpelah…sume orang pun makin lama makin tua. yang pasti aku makin tua, makin cun…akahsss…..

bulan 3 ni jadual aku cam padat je ngan jemputan kawen. kat kampung 2 orang member nak kawen. pastu kat opis sorang lagi. sedara ezzy lagi. nak balik pi mengundi lagi.. ahaa….tahun ni tahun pertama aku nak mengundi. sexcited pulak aku dibuatnya. (ala, daftar pun secara kebetulan jek). tapi, takpelah.. janji aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia. malaysia buleh!! hehehe.

No comment »

>> my first entry on 2008 <<

dah masuk tahun 2008 pun. rasa cam sekejap gile. rasa cam aku masih di umur 17 tahun je. ahakss… tapi, kalau tengok umur, orang percaya kot aku 17 tahun.. hehe..

neway, tahun 2007 takde perubahan yang mendadak pun aku. cuma ade la beberapa kenangan yang agak pahit untuk ditelan. nak buat cemana, dah takde jodoh aku dengan dia agaknya. redha & pasrah je la.. kini aku pasrah dengan segalanya…. (pinjam lagu anie kejap..hehe). mgkin ade ramai kawan-kawan yang masih tak tau yang aku dengan bawan dah putus. tapi, ade jugak yang dah tau. sedih memang la sedih. ralat pun ade jugak. tapi, rasanya tak guna rasanya untuk terus bersama kalau takde persefahaman. ape pun, sume kenangan tu aku dah buang jauh-jauh.. mulakan hidup baru di tahun baru bersama dengan baru…opsss!!

azam aku tahun baru ni kengkonon nak bekerja dengan lebih berdedikasi. datang keje awal. takmo tangguh2 keje. tapi, cam biasalah. azam hanya tinggal azam. hakikatnya aku tetap begini. susah rupanya nak buat perubahan ni. kena ade semangat yang kuat. ikutkan aku memang semangat g keje awal. bayangkan kul 7 dah kuar umah. tapi, tak tau ape pasa agaknya, start je tahun baru jalan nak g keje jammed. cam gampang tak?? sebelum ni kalau aku kuar g keje kul 7 tu, kira memang selesa la jalan. ni tak, kul 7 kuar umah, 7.45 sampai opis. aku biasanya g keje lam kul 7.15. so, awal2 tahun ari tu, aku g la keje as usually. tgk2 jammed kat traffic light kat umah aku tu… lama gilerrrrrr….. sudahnya aku sampai opis kul 8.15. bajet2 rekod kedatangan tahun ni bersih la.. (nak nak ngan bos baru ni, kena tunjuk baik sket) tapi, panas kuharapkan hingga petang, salji di tengahari..cet!! so, skang ni terpaksalah g keje lam kul 7. dapatlah sampai sblm kul 8.

cerita tahun baru….erm, takde ape nak diceritakan. lately ni kehidupan aku semakin ceria si samping si dia yang baru. baru ke?? heheheh… rasanya ramai kawan-kawan dah tau aku dah ade pengganti. mgkin ade gak yang kate, cepatnya dapat pengganti… erm, pada aku watpe la nak dikenang mende yang dah lepas. dah ade peluang untuk membina kehiduppan yang baru, why not kita grab je peluang yang ade kan. takkan selamanya nak pendang ke belakang kan. “jalan mesti kedepan, bukan ke belakang”.

si dia yang baru ni aku bukan baru kenal. dah lama dah pun. masa sekolah-sekolah2 dulu. zaman-zaman berhingus lagi. hehehe… dah ditakdirkan agaknya bila masing-masing dah besar, dah keje, leh jumpa balik kan. apepun aku happy ngan dia. citer lebih2 pun tak best jugak. takut la tak menjadi kan. kang orang kate citer bagai nak rak, tapi habuk pun tarakkkkk…takmo ar camtu. cukup untuk kawan-kawan kenal n tau. so, takdelah nnt ter mengorat pakwe member sendiri… hihihi (ade ke).

tak banyak mende nak diceritakan buat masa ni. life aku berjalan lancar walaupun kadang-kadang ade jugak lopak2 di tengah jalan. biasalah lumrah hidup kan. takkan nak senang je. sekali sekala kena jugak merasa susah supaya kita lebih menghargai kehidupan kita. so, korang sume…hargailah ape yang korang ade sekarang ni. tak perlu terlalu tamak. belajar untuk menghargai orang lain dan bersyukur dengan apa yang ada (ingatan untuk aku jugak)… salamzzz….

Comments (1) »

:: Cinta dan Hubungan ::

Bercinta itu seharusnya memberi ruang
kepada individu untuk membebaskan jiwa
daripada ketakutan, memberi keyakinan
dan keselesaan untuk kau menjadi diri
sendiri ketika bersama dengan pasanganmu.

Dengan si dia, seharusnya dirimu dapat
berkongsi segalanya tanpa ada rasa serba
salah.
Memang benar dalam setiap perhubungan,
kompromi itu penting supaya keamanan
dapat dikekalkan tetapi pasangan perlu
menjaga keseimbangan antara kompromi dan
kepentingan diri agar identiti tidak lari.

Cinta itu harus menyayangi dan
menghargai. Salah apabila seorang
pasangan melakukan segalanya demi
seorang yang lain tanpa memikirkan
tentan g apa yang dirinya inginkan,
berkomp romi dalam terpaksa atau memendam
perasaan atas nama pengorbanan, tidak
akan membahagiakan kerana apabila
seseorang berkorban, secara tidak
langsung hati akan mengharapkan pembalasan.

Kau akan menjangkakan bahawa si dia akan
memahamimu apabila kau memerlukan, dan
jika dia tidak hadir ketika diperlukan,
akiba tnya samada kau berduka atau jiwamu
akan diselimuti rasa sakit hati umpama
bom jangka yang menunggu masa.

Di dalam percintaan, benarkan hatimu
mendengar apa yang benar.

Hati tidak akan bahagia jika hanya
perhatian hanya diberikan kepada si
pasangan.
Walau bagaimana keras diri ingin
menyakinkan bahawa wujudnya kebahagiaan,
kata hati tidak pernah boleh ditipu.

Janga n sesekali takut untuk menjadi
tidak sempurna ketika bersama pasanganmu
kerana jika kau dan dia benar-benar
berci nta, ketidaksempurnaan itulah yang
menjadikan cinta itu sempurna, dia dapat
melihat dirimu seadanya dan masih
menyayangi.

Jangan takut untuk menonjolkan dirimu
dan mencari apa yang kau mahu dalam
hidup ketika kau sedang mencintai si dia
kerana seseorang pasangan itu perlu
memberi galakan, memberi sokongan dan
dorongan untuk melihat cintanya mekar
sebagai seorang insan.

Biarka n ‘cinta’ itu pergi jika ia
menyebabkan kau kehilangan identiti,
cinta yang asli tidak akan pernah
menidakkan kewujudan dirimu yang begitu
istimewa.


Think about it…….

No comment »

:: kasih berubah ::

secara tiba-tiba
cintaku menjadi sangsi
kasihku menjadi dingin sekali
gusarku acapkali menganggu hati
curiga menjadi persoalan diri
aku semakin sangsi

akukah yang berubah hati
atau memang kasih dia dah tak ada lagi?

Comments (1) »